Aduan... Complaint... Tidak puas hati dengan layanan.... Tidak puas hati dengan perkhidmatan... Tidak puas hati dengan segala-galanya.
Cuba kita renung sejenak....
Sebelum kita buat aduan, adakah:
1. Kita telah semak dan teliti semua fakta?
2. Kita telah bertanya dengan pihak yang sepatutnya?
3. Kita telah faham prosedurnya?
Sekiranya jawapan adalah TIDAK atau BELUM, hentikanlah niat anda seketika.
Ambil nafas yang panjang dan mula berfikir dalam keadaan yang tenang.
Sekiranya perlu, ambil wudhuk dan solat sunat dulu.
Barulah kita berada dalam keadaan yang paling bagus untuk berhubung dengan manusia (hablum min an-nas)
Selamat Membuat Aduan...:)
No comments:
Post a Comment