Sajak Perkhidmatan.
Sajak ini adalah hasil nukilan dari seorang penjawat awam yang berdedikasi. Kandungan sajak ini tiada kena mengena sama ada dengan yang masih hidup atau yang telah meninggalkan kita.
Untuk apa Minit Bebas kalau tiada kebebasan dalam memberi pendapat.
Untuk apa Minit Ceraian kalau yang bercerai itu adalah silaturrahim sesama manusia.
Untuk apa Fail Apung (Float) sekiranya kerja dibiar 'terapung' terlalu lama.
Untuk apa Sampul Kecil sekiranya komunikasi yang diharap tidak menjadi.
Untuk apa 5S sekiranya 5 tonggak Rukun Islam & Iman tidak diberi keutamaan.
Untuk apa Mesyuarat sekiranya kesepakatan tidak dapat dicapai.
Untuk apa maklumbalas sekiranya jawapan yang diberi terus menerus dipertikai.
Untuk apa Arahan Kerja Lebih Masa sekiranya produktiviti tetap sama.
Untuk apa Agihan Perjawatan sekiranya pengagihan sumber manusia tetap tidak seimbang
Untuk apa Semakan Semula sekiranya sistem yang ada boleh ditambahbaik.
Untuk apa Pelan Laluan Kerjaya sekiranya mutu dan kualiti tugas tidak meningkat.
Untuk apa mencari Black Sheep sekiranya kesalahan berpunca dari diri sendiri
Untuk apa menjadi Ketua sekiranya tidak dihormati.
Untuk apa hadir ke Kursus sekiranya hanya kenyang di perut tapi terus lapar di minda.
Untuk apa sertai pelbagai Program sekiranya kehidupan terus diprogram oleh orang lain.
Untuk apa diberikan komputer sekiranya paparan pada monitor hampir setiap masa adalah Screen Saver.
Untuk apa mengumpul cuti sekiranya anak2 terus bertanya "Ayah, bila nak cuti?".
Untuk apa Kertas Minit sekiranya minit-minit(waktu) yang ada terus dibazirkan.
Untuk apa aku menulis sajak ini, kalau seorang pun tidak dapat membacanya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment